Thursday, May 27, 2010

Bengkel KAMI PRIHATIN 2



Hari Khamis minggu lepas, bengkel Kami Prihatin siri 2 diadakan. Memang tak rugi pergi. Banyak ilmu dan pengetahuan yg saya dapat..

Modul Pertama - Bidang tugas & Kemahiran Menolong yg perlu ada pd Sukarelawan
by En. Raymund Jagan, certified counselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat KL

Dalam modul ni peserta didedahkan dgn ilmu psikologi. Betapa pentingnya ilmu psikologi ini kpd setiap manusia di atas muka bumi ini tidak tertakluk hanya kpd beberapa kumpulan individu ttp seharusnya setiap org perlu ada ilmu ini.

Saya belajar 1 teori - Broken Windows Theory.
Teori ini menerangkan bhw jika berlaku sesuatu kerosakan, ia perlu dibaiki segera krn jika dibiarkan, kerosakan yg kecil akan menjadi besar. Umpama sekeping tingkap kaca kalu pecah 1, esoknya kita akan tgk yg lain pulak pecah sehingga kesemua tingkap kaca yg ada di situ pecah.

Contoh dlm realiti kehidupan kita adalah, apabila ada seseorang membuang sampah di suatu tempat, pasti org lain akan turut sama buang sampah kat situ. This is very true!. Kat jalanraya pon kita boleh tgk teori ini berlaku setiap hari. Apabila ada satu kereta yg potong queue dari tepi, pasti ada byk kereta yg mengikut di belakangnya....Ini mmg lumrah semulajadi manusai kecuali bg mereka yg benar2 mempunyai kesedaran. Adalah sifat semulajadi manusia utk misbehave(menjebakkan diri) apabila ternampak sesuatu misbehave itu berlaku. Ada byk kajian yg tlh dilakukan oleh pakar2 psikologi yg dpt membuktikan sifat semulajadi manusia yg satu ini.

Disinilah perlunya konsep Gotong Royong di mana ia bermaksud kita bersama2 memperbaiki setiap kerosakan dan mengelak drpd melakukan kerosakan. Konsep ini juga merujuk kpd perbuatan/tingkah laku manusia yg saling bekerjasama dalam mengurangkan sifat/sikap anti-sosial dalam masyarakat.

Di bengkel ini juga diterangkan dgn terperinci tentang nilai2 yg perlu ada pada sukarelawan dan pada pendapat saya, perlu ada pada setiap org.
1. Kemesraan
2. Empati
- meletakkan diri kita di tempat org lain
3. Hormat dan bertanggapan positif
- ini sgt2 penting dlm kehidupan seharian kita. Di mana kita menghormati setiap org tidak kira tua atau muda dan juga taraf diri seseorang. Kita menerima semua org TANPA SYARAT dan tanpa sikap menghukum.

Sifat sukarelawan atau sifat INGIN MEMBANTU perlu ada dlm diri setiap masyarakat. Ada satu klip video ditunjukkan ttg tahap 'mengambil berat' masyarat. Dlm video ini ditunjukkan satu kumpulan ingin membuat kajian dan penyelidikan ttg awareness masyarakat setempat. Seorg kanak2(perempuan) berlakun sbg mangsa dan seorg lelaki dewasa berlakon sbg pemangsa yg menarik2 kanak di khalayak ramai dlm satu tempoh masa. Pd waktu itu, ramai org yg lalu lalang di sekitar kanak2 ini yg mendengar kanak2 ini menjerit meminta tolong ttp TIDAK ada seorg pon yg dtg membantu kanak2 ini. Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka hanya pandang dan kemudian berlalu pergi. Sehinggalah ada 2 org pemuda yg berkejar ke arah lelaki(pemangsa) utk membantu kanak2 ini.

Di sini dpt kita lihat nilai dan sifat MENGAMBIL TAHU semakin lenyap dlm masyarakat kita. Kalau kita tgk kes2 kanak2 hilang bila kita diselidiki balik, sudah pastinya kanak2 ini hilang di tempat org ramai. Hanya TENGOK dan LIHAT apabila kanak2 meronta, meminta tolong. Masyarakat semakin mementingkan diri. Beranggapan 'tak jadi kat aku', 'bukan anak aku' etc...harus dikikis dr kotak fikiran...

Satu lg contoh terbaik, kanak2 yg mati didera oleh ibu dan teman lelaki ibu di Selayang..jiran2 tanpa segan silu atau rasa bersalah memberitahu pemberita bhw mereka dah lama dengar kanak2 tu menangis dan sebagainya. Tapi KENAPA dorang tak make an effort utk report? Telefon ajer TALIAN NUR 15999 dan laporkan..jgn la tunggu sampai kanak2 didera baru nak report. Kanak2 yg DISYAKI didera juga termasuk dlm definisi PENDERAAN KANAK2 dan boleh dilaporkan kpd pihak berkuasa..


2 comments:

  1. salam kak liyana,
    apa khabar? wah...bagus betul bengkel tu. kak join sukarelawan ya?

    ReplyDelete
  2. salam nur...
    alhamdulillah akak sihat..mmg bagus bengkel tu. syukur sgt dpt pegi. dah la free
    akak join sukarelawan. tp setakat ni takde apa2 task...

    ReplyDelete