Friday, April 30, 2010

budak merajuk dan cerita hari sabtu

Sekejap aje dah masuk Jumaat...citer weekend lepas dan 2 minggu lepas tak terblog lagi...
ni kisah jumaat lepas..tak tahu mana silapnya, anak dara merajuk ..tiba2 jer dia menyelit kat tepi meja makan...umi nak tergelak pun ada tgk dia duduk celah tu


lepas tu masuk bawah meja pulak

ishhh..nape dik? bila ditanya diammm jer. umi tak paham la..tp bila bawak masuk tido ok jer

Esok paginya 2-2 happy sgt sbb bila bangun tido, umi ada kat rumah...nampak sangat keceriaan di muka dorang

utk breakfast, umi cooked simple jer..baked beans + sosej, garlic bread dan half boiled egg

budak ni suka sgt..hilang merajuk

lepas makan, umi bg dorang tgk tv. melopong si adik

wow, apa yg menarik sgt tu sampai mcm tu sekali reaksi adik? hehe

sabtu tu kita tak bercraft sebab umi ada operasi spring cleaning..termasuk jugak basuh sarung kusyen kat belakang tu..vacuum & mop rumah, tukar cadar semua bilik sbb this week nenek dan atuk Pekan nak dtg cuti2 kat rumah kita. Jd umi bg budak 2 org main apa sajelah sementara umi sibuk berkemas

Thursday, April 29, 2010

Kasih Abang....



Sebaknya hati bila tgk gambar ni...sedihnya tgk kanak2 yg tidak mengerti erti kehidupan terpaksa menempuh kesusahan hidup..di manakah ibu dan ayah mereka..hidap lg kah ibu dan ayah?

Teringat abg ngan adik kat taska....bergenang air mata di kelopak menanti jatuh..

Abg dan adik ini memerlukan perlindungan, makan dan minum, kasih sayang..tp di tepi tangga ini mereka tidur..anak2 kita selesa di atas tilam empuk..kasihannya 2 beradik ni..

Gambar ni saya dpt dr email..kalaulah saya tahu di mana ingin saya pergi selamatkan mereka..di M'siakah ini? mungkin tidak..jika YA sudah pasti ada org yg menyelamatkan mereka berdua..

Dakwah Menghukum

satu lg artikel yg membuka minda dan kotak pemikiran saya..

Dakwah Menghukum
Saya amat percaya bahawa biar apapun latar belakang kita, biar dari mana pun kita datang, biar apa pun bangsa kita, masa depan kita adalah tanggungjawab kita. Kita sering mendengar rungutan tentang latar belakang keluarga yang kurang baik yang membuatkan seseorang itu merasa tempiasnya namun sebagai orang yang matang, walaupun datang dari latar belakang yang kurang baik, seharusnya ianya akan menjadi pengalaman baik untuk mengubahkan keadaan diri agar tidak lagi duduk dalam keadaan yang sama. Memang tidak dinafikan bahawa keluarga bertanggungjawab memainkan peranan dalam kehidupan namun sebagai empunya diri, kita lebih bertanggungjawab dalam menjadikan siapa diri kita pada masa akan datang.

Saya menonton satu rancangan realiti televisyen barat di mana salah seorang pesertanya menangis memberitahu penonton yang dia menyertai pertandingan realiti tersebut demi untuk mengubah dirinya kerana tidak mahu duduk dalam keadaan keluarganya yang mengambil dadah. Begitulah tanggungjawab yang diperlukan pada setiap insan dalam menakhoda kehidupannya. Saya yakin sebenarnya ramai di kalangan masyarakt kita yang faham tentang tanggungjawab ini dan mahu berubah namun mengapa sukar sekali untuk berubah. Saya melihat faktor dakwah yang difahami oleh kita di malaysia ini. Saya melihat dakwah dari satu sudut berlainan yang mungkin boleh kita sama-sama renungkan.

Sewaktu saya kecil dahulu, saya agak keliru tentang maksud dakwah kerana seseorang yang bertudung akan dipanggil orang dakwah dan lebih mengelirukan apabila mereka juga dipanggil orang pakai dakwah. Justeru pada waktu itu saya berfikir bahawa dakwah adalah nama lain bagi tudung. Tetapi apabila meningkat dewasa saya, saya mula memahami dakwah rupanya membawa seruan perubahan dari satu titik ketidakfahaman kepada satu titik jelas, dari satu kegelapan ke satu pencerahan dan lebih membuatkan saya faham apabila ianya didefinisikan sebagai satu program lengkap, yang pada setiap peringkat mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada manusia.

Maka saya berpandangan bahawa setiap dari kita adalah pendakwah dan apabila disebut bahawa setiap dari kita adalah pendakwah kita mula memikirkan kepada siapa harus kita berdakwah. Bagi mereka yang sudah sedia bergelar pendakwah pula akan tahu bahawa sememangnya tugas mereka untuk berdakwah dan mereka sudah ada kumpulan sasar. Maka pada pandangan saya di sinilah mulanya berlaku kesilapan pandangan. Saya berpendapat yang dakwah atau program pencerahan itu perlu dimulakan untuk diri sendiri. Kita kadangkala lupa untuk melakukan dakwah pada diri kita sendiri. Kita kadangkala lupa untuk menyeru diri kita ke arah kebaikan kerana kita kadangkala lebih sibuk untuk menyeru orang lain ke arah kebaikan hingga terlepas pandang akan diri yang ditumbuhi ego yang banyak.

Hari ini kita sering menzalimi diri kita sendiri. Kitalah sebenarnya yang membentuk diri kita hari ini hasil sistem dakwah songsang yang kita lakukan. Apakah yang saya maksudkan dengan dakwah songsang. Pertamanya saya yakin bahawa konsep dakwah perlulah dimulakan dari diri sendiri. Jika kita tidak mampu berdakwah atau menyeru Islam kepada diri kita sendiri maka kita gagal jugalah nanti untuk menyerunya kepada masyarakat. Dakwah adalah kerja yang melibatkan kasih sayang. Justeru, diri kita sendiri adalah lapangan latihan terbaik untuk kita mulakan latihan dakwah.

Jika kita lihat hari ini, ramai orang menyeru ke arah kebaikan dengan hukum. Mereka lebih gemar menghukum sesuatu perkara itu dari membawanya ke arah pencerahan dengan kasih sayang. Kita mungkin lupa bahawa baginda saw itu berdakwah dengan kasih sayang. Jika ada yang mengatakan bahawa baginda saw berdakwah dengan mata pedang, saya rasa cukup jelas yang mereka ini kurang menganalisi hakikat sejarah. Dengan kasih sayanglah baginda mulakan dakwah Islamiyyah ini. Mengapa saya katakan yang kita berdakwah songsang tadi adalah kerana kita sering menceritakan keburukan dan hukuman lebih dari kebaikan dan ganjaran.

Kita sering berdakwah kepada diri kita sendiri dengan melontarkan pandangan negatif terhadap Allah swt tanpa sedar. Dari mana datangnya pengalaman sebegini, dari ibu dan bapa. Seandainya hari ini kita juga adalah ibu dan bapa maka renungkanlah perkara ini. Cuba kita lihat berapa ramai anak-anak kita yang apabila dewasa, mereka tidak hidup dengan cara yang betul atau mencari jalan untuk ketenangan diri dengan cara yang salah. Jika soalan ini dilontarkan kepada majoriti rakyat kita, jawapannya adalah pergaulan. Namun saya berpandangan bahawa ianya adalah kesalahan teknik dakwah yang dibawa oleh para ibubapa.

Pernah saya katakan bahawa, dalam dunia ini ada dua tenaga yang cukup kuat untuk mengubah seseorang itu, takut dan cinta. Cinta adalah tenaga yang perlu dibentuk secara perlahan dan jika terbentuk ketahanannya cukup lama, manakala takut adalah tenaga yang dibentuk dengan kadar segera namun ianya amat rapuh. Majoriti kita suka menggunakan tenaga takut dalam berdakwah, tak kira berdakwah kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat kerana hasilnya agak pantas. Tetapi kita lupa bahawa ianya amat rapuh, setelah hilang ketakutan timbullah kebinasaan.

Sejak dari kecil kita ditakutkan dengan hukuman. Mungkin kita pernah mendengar orang tua kita berkata “jangan menipu, nanti Allah potong lidah”… atau “jangan mencuri nanti Allah potong tangan”. Anak-anak akan mengelak dari melakukan kesalahan kerana takut nanti lidah dipotong atau takut mencuri kerana hilang pula nanti tangan. Bagi saya ini adalah satu fitnah besar. Setiap hari kita membaca dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, tidak pula kita baca dengan nama Allah yang maha menghukum. Ini kerana sifat Allah yang Maha Pengasih dan perlu kita ingat bahawa rahmatNya sentiasa mendahului murkaNya.

Namun mengapa pula kita sering menyampaikan kemurkaannya lebih dahulu dari sifatnya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Apabila anak itu dewasa dia mula melakukan apa yang dipanggil self sabotage kerana dia melihat lebih banyak keburukan dari kebaikan. Perlu kita ingat tujuh tahun pertama pembesaran adalah masa paling baik untuk memberi saranan atau pembentukan jiwa yang baik. Jika dalam masa tersebut semua momokan negatif yang dimasukkan dalam minda maka ianya akan membawa kehidupan anak itu dalam negatif yang tidak nampak.

Maksud negatif yang tidak nampak adalah, mereka merasakan mereka positif tetapi jauh di dalam diri, banyak sifat negatif yang terpatri. Jika dewasa kelak mereka menjadi pendakwah kepada masyarakat, tanpa mereka sedar mereka akan menggunakan kaedah yang sama sebagaimana kaedah takut melebih kasih sayang yang diterapkan kepada mereka sedari kecil. Mereka mungkin lebih suka bercerita tentang hukum dari kasih sayang. Jika bertemu orang yang tidak melakukan solat contohnya, mereka lebih mudah menceritakan dosa dari menceritakan kerugian kasih sayang.

Allah yang dilimpahkan dalam solat, mereka mungkin lebih mudah menceritakan amaran dari menceritakan keindahan solat. Maka tidak hairanlah hari ini masyarakat kita semakin lemah kerana teknik penyampaian ilmu sudah songsang. teknik yang seharusnya dimulakan dengan kasih sayang telah dimulakan dengan hukuman. Akibat banyak sekali terapan hukuman dari kasih sayang, hilanglah seri timbullah benci. Marilah kita sama-sama menghayati teknik dakwah junjungan besar baginda saw dalam berdakwah, dalam menyampaikan kebaikan samada dengan perbuatan mahupun lisan.

Bagi saya, setiap apa yang dilakukan baginda saw perlu kita tekuni kerana baginda saw menunjukkan applikasi pengetahuan al-quran untuk kita gunapakai dalam hidup. Mulakan hari kita dengan menyeru ke arah kabaikan kepada diri kita dengan kata-kata kasih sayang dan positif dan insya Allah rendahlah ego kita nanti. Dengan kerendahan ego, dakwah kepada masyarakat akan mudah terlaksana dan kebenaran islam jelas terpancar. Kurangkan hukum, banyakkan kasih sayang kerana teknik kasih sayanglah islam kekal hingga ke hari ini.

source: http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/04/saya-amat-percaya-bahawa-biar-apapun_10.html

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

this story quite long..but inspired me..as a mother,as a wife, as an employee..as a daughter, as a friend...as a human being. Subhanallah

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?



Sumber : http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas/

Tuesday, April 27, 2010

Mengenal dan Memahami Kanak-kanak

Ibubapa, guru dan pengasuh mempunyai pengaruh yg kuat dan amat besar terhadap tingkah laku dan personaliti anak mereka. Ibubapa perlu mengenali anak2 mereka dan mengetahui apakah keperluan anak mereka.

Keperluan Asas kanak2
1. Psikologi
2. Keselamatan
3. Kepunyaan dan kasih sayang
4. Penghargaan
5. Kognitif
6. Estetika
7. Kepuasan diri

Aspek Perkembangan kanak2
1. Kerohanian
2. Emosi
3. Fizikal
4. Kognitif
5. Kreativiti dan estetika
6. Sosial

Bagaimana mereka belajar
1. Pemerhatian
2. Penerokaan
3. Bermain
4. Mencuba/eksperimen
5. Menganalisa
6. Bertanya
7. Membaca
dan penglibatan 5 deria

Ciri-cirinya
1. Suka meniru
- apa mak ayah cakap, buat mmg dorang akan buat. silap2 apa yg kita cakap kat dia, dia cakap kat kita balik. kalu mak ayah jenis ringan tulang, suka rumah bersih InsyaAllah anak2 pon ikut sama. pendek kata, parents adalah role model dorang

2. Suka bermain
- pagi petang siang malam nak main..sampai nak tido pon sempat lg main

3. Suka pujian
- kalu kena puji, suka sangat..

4. Selalu minta perhatian
- ini mmg betul.kalu kita lack sikit mesti dia buat perangai..lebih2 lg kalu ada adik dan kita lebihkan adik, nnt adik jd mangsa sakat dia

5. Cergas dan aktif
- both my kids aktif..yg abg hampir masuk ke hyper kot. tak reti diam...

6. Mudah tertarik pd sesuatu yg sentiasa berubah, ganjil dan tidak monotonus

7. Suka ulangan dan tidak jemu
- kalu suka satu movie, sampai nak muntah kita tgk dia ulang2 beratus kali.hehe

Tahap perkembangan kanak2:
1. Sensor motor
2. Praoperasi
3. Operasi konkrit

Proses perkembangan yg mereka lalui
1. percakapan persendirian
2. permainan olok2
3. kerangkaan
4. pembelajaran kooperatif
5. perkembangan zon proksimal

Kategori sifat atau tingkahlaku semulajadi kanak2(temperament):
1. mudah menyesuaikan diri (easy baby)
2. lambat menyesuaikan diri (slow to warm up)
3. sukar menyesuaikan diri(difficult babies)

Apakah kekuatan dan kepintaran yg ada pd seseorang kanak2
1. ruang
2. bahasa
3. logik matematik
4. pererakan badan dan kinestatik
5. muzik
6. interpersonal
7. intrapersonal
8. neuralist

Apakah faktor asas menentukan kejayaan tersebut
1. kasih sayang dan empati
- ibubapa perlu sentiasa menzahirkan kasih sayang kpd anak2..peluk dan cium mereka setiap hari. org tua2 kata kalu anak yg jenis nakal, cium dahinya dgn penuh kasih sayang selalu

2. rutin harian yg konsisten
- seawal usia 1 tahun kita dah boleh train anak dgn rutin harian...waktu makan, waktu mandi, waktu utk riadah

3. batasan
- setiap apa yg anak2 lakukan mesti ada limit..baik dr segi bermain, makan, bergurau senda, pergaulan etc. apabila anak masuk usia 3 thn, kita dah boleh ajar kat anak tak boleh masuk bilik ibu ayah suka2 hati. kena ketuk pintu dulu

4. disiplin dan urutan semulajadi
- disiplin kita boleh terapkan secara disedari atau tidak disedari. contoh paling senang utk mengajar anak2 ttg disiplin ialah meletakkan sesuatu barang ditempatnya semula. contohnya tuala digantung di tempatnya selepas dipakai, baju2 kotor masuk dlm bakul lepas ditanggalkan dr badan, lepas makan minta anak bawa pinggan sendiri ke sink, tong sampah diletakkan di satu tempat yg tetap. jadual harian juga membantu anak2 utk mematuhi disiplin.
cthnya: on weekdays, danish tak dibenarkan tgk cartoon network..weekend saja boleh. balik dr taska dr pukul 6 - 7 dia dibenarkan bermain samada di dlm atau di luar rumah..pukul 7 masuk mandi. pukul 7.30 mesti makan walaupun dia jenis susah nak makan, tp mesti duduk kat meja makan sama2..pukul 8 mesti pergi iqra, balik tu buat homework dan pukul 9.30 mesti masuk bilik.

5. pengayaan dan pengukuhan
- repetition...dan consistent...penting utk membentuk peribadi dan personaliti yg baik...

Monday, April 26, 2010

4 Konsep Asas

Termaktub di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang diratifikasikan oleh M'sia pd tahun 1995. Hak ini juga adalah prinsip Utama kpd Akta Kanak-kanak 2001 yg menekankan kepentingan terbaik kanak2.

1. Kehidupan
• meliputi hak utk hidup dan hak utk memperolehi penjagaan kesihatan dan perubatan yg terbaik.
- kesian kpd bayi2 yg dibunuh ketika lahir oleh ibu2..bayi2 ini tlh dinafikan haknya utk hidup

2. Perlindungan
• termasuk perlindungan drpd diskriminasi, penderaan dan pengabaian(termasuk eksploitasi), perlindungan bg kanak2 dlm situasi2 kecemasan dan khas
- nowdays ramai kanak2 digunakan dlm iklan2 tv dan iklan cetak juga merupakan satu eksploitasi

3. Perkembangan
• termasuk semua jenis pendidikan(rasmi dan tidak rasmi) dan hak bg taraf hidup yg memadai utk perkembangan fizikal, mental, rohani, moral dan sosial kanak2.
- jgn terkejut, lebih drpd 10,000 kanak2 di M'sia yg tidak bersekolah

4. Penyertaan
• meliputi hak kanak2 utk didengar dan idea2 mereka diambil berat (menghargai atau memberi kepentingan kpd pandangan mereka)
- cth memberi kanak2 peluang utk memilih warna bilik, corak cadar, baju etc
-

Friday, April 23, 2010

Susun shapes - Mainan

Using MsWord, i drew a set of few basic shapes and printed out 2 sets.

Kemudian, adik dan abg colored them using pencil colors.





1 set tu i cut out dan satu lg set i gunting jugak then paste kat paper lain sbb as u can see depa color sampai keluar border..hehe(bab gam pon i suruh batrisyia yg buat). Shapes yg tlh digunting itu, i suruh batrisyia padankan dgn shapes di satu lg set. Nampaknya aktiviti ni terlalu senang utk batrisyia...mungkin batrisyia terlalu tua utk aktiviti ini *LOL*











done!

Dalam aktiviti ini Batrisyia belajar memperkembangkan motor halus iaitu mewarna dan menyusun. Ini juga melibatkan kondisi mata. Selain itu Batrisyia belajar tentang warna, bentuk dan juga vocab di mana sambil menyusun umi sebut bentuk setiap satu dan juga menggalak perkembangan bahasa bila umi ajar dalam bahasa melayu dan juga inggeris. Lihat, betapa banyak kemahiran dia berkembang dalam satu aktiviti mudah!
Berikut contoh dan jenis2 alat mainan yg bersesuaian dgn tahap umur kanak2 dan yg boleh dibuat dgn bahan kitar semula atau kos rendah.


BAYI
• mobil
-berbagai jenis dan warna yg ternag utk kanak2 melihat dan mencapai

•buku kain
- utk kanak2 melihat gambar, mencuba membunyikan perkataan, merasa berbagai tesktur

• mainan lembut
- soft toys yg boleh didakap dan diguna utk mententeramkan

• cermin
- utk bayi melihat wajahnya dan ibu. bayi berbual dgn imejnya dan cuba menyentuh imejnya

•  kelentong
- keras atau lembut, berbunyi apabila digoncang atau dipicit

• alat permainan utk bermain 'cak-bah'

1 TAHUN
• kereta atau mainan yg boleh disorong
• buku kain atau buku kadbod tebal
• mobil yg digantung
• gelung dan pasak utk disusun menara secara menurun
• boneka, topeng dan anak patung
• bungkah/blok besar
• bola atau punci kacang ug membaling
• alat mainan utk 'cah-bah'

2 TAHUN
• set masak2
• buku kadbod
• jigsaw puzzle 1-3 keping
• bungkah/blok besar, blok yg boleh dicantum dan dicerai spt lego
• puppet atau anak patung
• set main peranan, main air atau main pasir
• bahan utk diuntai dan dijahit (lacing and threading)
• alat mainan utk dibaling dan ditangkap

3 TAHUN DAN 4 TAHUN
• jigsaw pussle 4-8 keping
• bahan cantuk dan cerai
• blok
• bahan main peranan
• bahan mengasingkan dan memadankan
• pundi kacang utk mengimbang, membalik dan menangkap
• bahan ukt kajian berat-ringan, bunyi kiat-lembut, tenggelam-timbul, mengenal warna, tekstur, bau etc
• mainan tradisi - congkak, batu seremban, lipatan kain- katak, tikus, anak dlm buaian, dompet wanita dan kopiah




mainan suai-padan


 

Ruang

Setiap kanak2 perlukan ruang utk mereka bebas meneroka, melakukan aktiviti, bermain dan meluahkan perasaan. Perlu ada ruang khas di setiap rumah yg ada kanak2 utk mereka gunakan utk bermain..kanak2 dgn bermain tidak dpt dipisahkan krn dunia kanak2 adalah bermain, bermain adalah kanak2.

"Melalui kajian(yg sekian lama dijalankan) kami dapati bahawa bermain bg kanak2( di peringkat awal) adalah seperti petrol bg sebuah kenderaan. bermain adalah bahan pembakar yg menyumbang kpd perkembangan intelek kanak2."
Kathy Hirsh-Pasek & Roberts Golinkoff(2003)

Penting bg kita, ibubapa memahami kepentingan bermain bagi kanak2 di peringkat awal pertumbuhan dan perkembangan mereka. Ramai ibubapa berpendapat bermain tidak ada manfaat bagi kanak2. Mereka mahu anak2 mereka belajar membaca, mengira dan menulis dengan cepat. Ini adalah pemikiran yg salah. Melalui bermain, kanak2 dpt belajar mcm2 perkara. Mereka boleh belajar bersosial, berkomunikasi dan berinteraksi bersama. Secara tidak langsung bermain juga dpt membantu perkembangan sosio-emosi dan perkembangan bahasa.

Barang2 permainan boleh dibeli atau dibuat. Walau bagaimanapun, jangka faedah pembelajaran yg diperolehi drpd barang permainan yg dibuat adalah sgt tinggi, khasnya apabila kanak2 dilibatkan secara langsung dlm proses penyediaan barang permainan.

Melakukan aktiviti lasak -
kanak2 dpt belajar menimbangi badan, koordinasi anggota badan, semua membantu menguatkan otot2 dan menurunkan berat badan kanak2 sambil memberi mereka keyakinan diri dan juga kemahiran bersosial bersama rakan.

Jenis-jenis aktiviti yg menggalakkan kanak2 menyelesaikan masalah dgn sendiri atau berkongsi maklumat bersama rakan/adik beradik/ibubapa akan membantu perkembangan kognitif kanak2. Di antaranya:

1. Binaan dgn blok, kotak2 dan bahan2 kitar semula membantu membentuk pemikiran asas logik dan matematik.
cthnya: kita boleh simpan kotak2 cereal, kotak biskut atau kotak susu yg pelbagai saiz. kita bg anak2 main dgn cara menyusunnya.


2. Bermain fantasi atau peranan memberi kanak2 peluang utk mencuba sesuatu yg terpendam
 cthnya: membayangkan dirinya sbg doktor..kita boleh recycle botol2 ubat yg tlh dicuci utk digunakan. belikan set alatan doktor(mainan)
atau pun sbg chef. kita belikan utensils atau boleh gunakan yg ada di dapur tp pastikan ianya selamat digunakan. paling mudah, dia ajak dia sekali membantu kita di dapur. berikan dia tugas cthnya potong kacang panjang, kupas pisang etc

3. Main air dan pasir
kanak2 belajar tekstur, basah, lembap, kering, tenggelam dan timbul
*tak semestinya perlu ke pantai kalu jauh, di halaman rumah atau di belakang rumah pon boleh. gunakan kolam plastik jer

4. Bermain di luar memberi kanak2 peluang meneroka alam semulajadi. Apabila kanak2 bermain di luar mrk dpt:
 - menikmati udara yg bersi dan cahaya matahari yg segar
 - mengguna tenaga dgn byk utk bermain lasak bersama rakan2.
 - menikamati keindahan alam dan rahsia serangga2 kecil yg berbagai jens dan bentuk semut dan sarang semut, ulat bulu dan rama2.
 - mengkaji warna, bentuk, kewangian bunga, daun, daun kering dan berbagai jenis pokok/tumbuhan.
 - berteduh di bawah poko yg rendang utk mendengar cerita atau berkelah..

* drpd byk membawa anak2 ke shopping complex, lebih elok bawa ke tempat2 yg educational walaupun anak anda berumur < setahun. jgn ingat/anggap kanak2 kecik hatta bayi tidak memahami apa yg mereka lihat, dengar. kanak2 mempunyai keistimewaan di mana mereka ada subconcious mind. semua yg mereka lihat, dengar dan rasa captured di dlm subconcious mind dan semua ini menjadi memori yg kuat hingga sampai masa dan keadaan semua memori ini akan di trigger kembali.
cth paling baik, bawak pegi taman, zoo, tempat2 riadah, muzium etc...secara tidak langsung kita mendekatkan anak2 kita dgn baham2 ilmiah dr kecil. semoga mereka menjadi pencinta ilmu. InsyaAllah

Kita tak memerlukan ruang yg luas utk anak2 di rumah. cthnya, saya gunakan bilik kecil berhampiran dapur utk dijadikan bilik aktiviti Danish & Batrisyia. Bilik itu juga saya gunakan sbg tempat menggosok baju dan juga tempat menyimpan fail, bil2 utiliti dan dokumen termasuk la almari utk menyimpan cadar, selimut, tuala. Juga terdpt satu multipurpose shelf tempat saya letak souvenirs, handbags etc. Dlm bilik ini juga tempat saya letakkan semua tudung saya memandangkan ia di tingkat bawah, senang nak capai tudung bila nak keluar. :)

Pastikan meja dan kerusi utk anak2 adalah sesuai utk peringkat umur mereka. Sebaiknya, permainan diletakkan di tempat yg mudah utk diambil. Elakkan menyimpan permainan anak2 di dlm kotak, di tempat yg tinggi yg menyukarkan mereka utk mengambilnya. Ajarkan teknik self-centered di mana mereka boleh melakukan sendiri utk mengambil dan menyimpan permainan berbanding perlu meminta pertolongan umi dan abah setiap kali. In fact, bila permainan diletakkan di tempat yg open, anak2 boleh bermain pd bila2 masa mereka kehendaki. tp seeloknya ada jadual waktu utk bermain, tgk tv, main di luar bersama kawan, makan, mandi etc. dgn ini kita boleh mendidik ttg disiplin secara tidak langsung.


took us about 10 minutes to tidy up this area.. :D. they don't look like this usually..tunggang langgang..heee


buku2 berkaitan sekolah, aktiviti seeloknya diasingkan dgn buku2 bacaan. utk danish dan batisyia, ada satu lg shelf kat bililk depa utk buku2 bacaan

toys yg kecik2, sumbatkan dlm drawer jer.. :)

marker, pensil color, crayon, tepi tu ada water color tak nampak pulak diletakkan di satu tempat

whiteboard utk sesi conteng2

kerusi dan meja sesuai mengikut ketinggian adik dan abg

Posters yg berkaitan human body ker, alphabets ker, numbers etc sesuai diletakkan dlm ruang mereka ini utk mereka selalu lihat, baca dan kemudian ingat.


2 org budak nak tumpang posing :D

Wednesday, April 21, 2010

Perkembangan Menyeluruh Kanak-kanak

Hari ni i just wanted to share what i gained when i joined the early childhood development course in 2008...ttg perkembangan menyeluruh kanak2....

Merujuk kpd tajuk di atas, definisi menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat M'sia ialah satu proses kompleks yg merangkumi perubahan secara kuantitatif(dpt diukur) dan kuanlitatif(tidak dpt dikuru) dr segi aspek:
  • Fizikal
  • Bahasa
  • Kognitif
  • Sosio-emosi

Perkembangan Fizikal
merangkumi  1. Pertumbuhan Fizikal
                    2. Pertumbuhan Pergerakan
                    3. Pengawalan Dominan Tangan

Perkembangan Bahasa
Satu bidang yg penting dlm perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa kanak2 dpt"
1. berkomunikasi dgn baik
2. mempelajari perkataan baru
3. mengagak maksud sesuatu perkataan

Perkembangan Kognitif
• merangkumi segala perkara yg berkaitan dgn pengetahuan & aplikasinya dlm kehidupan seharian.
• perkembangan ini meneliti proses :
   - bagaimana maklmuat dr persekitaran diterima, disimpan dlm ingatan
   - diingat semula apabila perlu
   - meneliti tahap pemahaman & pengunaan pengetahuan kanak2

Perkembangan Sosio-emosi
Sosio0emosi ialah keupayaan kanak utk BERINTERAKSI serta memberi TINDAK BALAS emosi terhadap sesuatu situasi/keadaan. Perkembangan sosio-emosi dpt dilihat melalui kelakuan kanak2. Contohnya:
1. Tingkahlaku yg negatif spt bergaduh, mengasingkan diri, mengigit
2. Tingkahlaku yg positif spt berkongsi, berdikari, mengikut peraturan

Teori/Kaedah

Di dlm bidang perkembangan dan pendidikan awal kanak2. Imam Al Ghazali :

Menekankan soal adap dan doa di dlm rutin seharian spt adab makan dan minum, sikap hormat menghormati dan juga sikap mahmudah yg lain

Mengikut teori Jean Piaget berkenaan bidang perkembangan dan pendidikan awal kanak2 pula, beliau:

• menekankan kanak2 perlu bebas meneroka supaya mendpt peluang meningkatkan kemahiran spt berfikir dan bertindak
• kanak2 dpt berfikir & berkomunikasi dgn menggunakan perkataan yg mewakili objek dan peristiwa di sekeliling mereka

Mengikut teori Erikson iaitu Teori Perkembangan Psikososial berkenaan bidang perkembangan dan pendidikan awal kanak2 pula, beliau mengatakan bahawa teori meliputi 3 peringkat perkembangan iaitu:

    • Basic trust vs mistrust (perasaan lebih percaya)
   • Autonomy vs shame & doubt (perasaan antara ingin bebas, ttp malu & ragu2)
   • Initiative vs guilt (sifat ingin mencuba, inisiatif ingin melakukan sesuatu ttp pd masa yg sama tidak yakin@bersalah
 

Tuesday, April 20, 2010

Kempen Kami Prihatin

Lately ni byk berita ttg bayi dibuang dilaporkan di akhbar..gambar2 bayi malang yg menyayat hati dan meruntun jiwa. Apalah salah mereka dibuang di tempat2 yg tidak selayaknya utk mereka...di tong sampah, di tandas, di longkang...aduhh...tiadakah perikemanusiaan di hati org yg membuang bayi2 ini? sudah pasti TIDAK...bayi kecil yg memerlukan perlindungan, belaian dan kasih sayang dicampak seolah2 tiada harga nyawa anak kecil ini. Sampainya hati mereka membiarkan bayi2 ini menangis dahagakan susu, meronta kesakitan digigit nyamuk dan semut malah ada yg digongong anjing...

Ramai pasangan yg dah lama berkahwin tidak mendpt anak, inginkan anak tapi mereka2 yg berkelakuan sumbang ini yg akhirnya melahirkan zuriat tanpa nikah dgn sewenang-wenangnya membuang anak mcm buang sampah jer!

Tidak ketinggalan juga kes2 kanak2 yg didera oleh org2 yg terdekat, ibu, ayah, teman lelaki ibu, ibu tiri, ayah tiri malah pengasuh..betapa lah fragilenya nyawa kanak2..walaupun dgn ahli keluarga insan2 yg sepatutnya menjadi pelindung, nyawa dan keselamatan  kanak2 tidak terjamin. Hak2 mereka juga dinafikan..

Semoga Allah membalas setiap perbuatan mereka!

Betapa pentingnya ilmu keibubapaan yg masyarakat kita pandang enteng...my personal opinion, sepatutnya setiap pasangan suami isteri diwajibkan pergi kursus Asuhan Kanak2 supaya ibubapa diberi pendedahan ttg hak anak2, diberi ilmu tentang perkembangan fizikal, sosial dan emosi anak2 mereka supaya kita lebih memahami mereka dan mereka dpt membesar dgn sihat dan sempurna.

Satu kempen kesederan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat bersama Kumpulan Utusan dan Astro tlh dianjurkan. Dan pd minggu ini, 22/04(khamis) Institut Sosial M'sia(ISM) akan mengadakan bengkel Kami Prihatin.

Objektif
• mendaftarkan petugas dan sukarelawan sbg ahli Kami Prihatin bersama Kumpulan Utusan dan Astro
• menyediakan isi kandungan dan kepiawaian latihan yg sesuai bg kes2 berkaitan kanak2.
• menjlnkan latihan asas kpd petugas dan sukarelawan
• sbg badan rujukan dan institut latihan rasmi bg Kempen Kami Prihatin KPWKM-Utusan-Astro 2010

Program latihan petugas dan sukarelawan merangkumi perkara berikut:

Meneroka Dasar2, Perundangan dan Peraturan berkaitan kanak2
- diterangkan ttg hak kanak2
- Dasar kanak2 Negara
- Dasar Perlindungan kanak
- Akta Kanak2 2001 dan perundangan berkaitan kanak
- tugas dan peranan agensi dan institut perlindungan kanak2

• Memahami Profil kanak2
- pertumbuhan kanak2
- tugas2 perkembangan fizikal, emosi dan mental kanak2
-keperluan, keutamaan dan halangan kanak2
-kes2 salahlaku dan permasalahan kanak2

• Kemahiran Menolong kanak2
- kemahiran membimbing, asas kaunseling, interaksi dan komunikasi, membuat rujukan dan etika menolong

• Plan Membantu Kanak2
- strategi membantu kanak2
- pengurusan kes kanak2
- penglaporan klinikal dn kerahsiaan kes
- pemantauan kes
- penilaian dan penamatan kes
- pengrekodan dan tindakan susulan

Jom kita sama2 menambah ilmu..bengkel ini percuma berbanding kursus asuhan kanak2 yg beratus ringgit..

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel ini sila hubungi:

a. Talian Nur 15999
b. 03-7985 3343 (Cik Wan Nur Izzati) / 03- 7985 3345 (Puan Nor Azean)

Friday, April 16, 2010

The Sunrises in wonderful Friday morning...

This morning, while umi was on my way to da office, umi managed to snap this beautiful view near the kesas highway - summit usj - sunway ...a beautiful morning i ever had.


Truely amazing..

..::Nama Saya Yana::..


ehehehee....mlm tadi, abg balik ajer drpd iqra' terus tunjuk kat umi ni....sambil baca "Nama Saya Yana"...tergelak umi dibuatnya...

 baru umi nak snap pic abg, dia dah gerak pulak


Thursday, April 15, 2010

Heartbreaking story

I cried my heart out reading this...an email i received this morning...sampai ke ptg terbawa2 perasaan...

Membaca isi hati dan perasaan dan meletakkan diri umi di tempat seorg ibu yg kehilangan anak tersayang...tak termampu rasanya...

http://supermom0978.blogspot.com/2010/04/dzafri-hisyam-bin-khairulanwar-22.html

Moga tuan empunya blog mendpt ketenangan hati..hanya masa yg dpt merawat kesakitan hati yg disebabkan oleh kehilangan...spt mana umi kehilangan abg tersayang ketika umi berumur 18thn, arwah abg umi masa tu 21thn...teman sepermainan yg sgt rapat dr kecik, mcm abg dan adik..jarak umur pon sama...

betapa sakitnya kehilangan ahli keluarga inikan pula darah daging sendiri...

Ikea on weekdays

Semalam abah took leave bawak kereta umi pegi servis. So pg2 abah hantar..syoknya la ada driver.hehe. Petang tu abah ambik adik abg dulu from nursery baru ambik umi then we off to Ikea. Teringat2 karipap ayam + telur dia yg garing di luar, lembut di dlm..makan panas2 dgn hot tea...sedapnya

Sampai sana, abg nak lepak kat smaland..so umi, abah dan adik jer la jln2 cuci mata. Takde purpose pon..saja jalan2 cuci mata. syok jln2 on weekdays, tak ramai org..:D







dept fav. umi :)


argghhh..lenguh kaki. rehat kejap :)


 
kita minum ptg kat sini dulu yer

inilah dia cik karipap yg menjadi pujaan umi...


adik pon suka


sampai rumah, nearly 7.30..lepas solat umi masuk dapur masakkan bihun goreng daging utk abah dan nasi goreng sardin utk abg dan adik



Wednesday, April 14, 2010

How to train your dragon

We went to Sunway Pyramid last sunday to watch the disney movie How to train your dragon. It is a good movie teaching u both about love, sympathy, family, friendship, team work and hard work.


Long ago up North on the Island of Berk, the young Viking, Hiccup, wants to join his town's fight against the dragons that continually raid their town. However, his macho father and village leader, Stoik the Vast, will not allow his small, clumsy, but inventive son to do so. Regardless, Hiccup ventures out into battle and downs a mysterious Night Fury dragon with his invention, but can't bring himself to kill it. Instead, Hiccup and the dragon, whom he dubs Toothless, begin a friendship that would open up both their worlds as the observant boy learns that his people have misjudged the species. But even as the two each take flight in their own way, they find that they must fight the destructive ignorance plaguing their world.





We stopped here for awhile...







Then, we had lunch at Carl's Jr. as abah was craving for the big burger since last few weeks. With full tummy, we watched the very entertaining movie.



Tp malangnya, kamera umi kehabisan bateri bila kita nak posing2 kat cinema..

Spending time together with both of u cannot be replaced with anything else..walau ada masa u  both made annoying tantrums, being crancky or watsoever unacceptable, we love u..abg adik...love u byk2 :D

sebelum ke Sunway Pyramid, kita jln2 dulu kat tempat keja abah. Abah nak buat spot check, indon worker buat keja ke tidak...


new project yg abah kena jaga..rumah2 ni belum dpt CF lg
95% dah siap

abah dtg baru nak wat keja

previous project yg abah jaga. he is so proud with his works..walaupun berpanas berhujan, kulit legam..hee