Wednesday, January 27, 2010

Us!



Muhammad Danish
dilahirkan pd 14.06.2004 di Hospital Putrajaya adalah permata hati pertama umi dan abah. Dilahirkan awal sebulan drpd due, Alhamdulillah dlm keadaan sihat dan sempurna. Proses melahirkan juga sgt cepat dan senang. Contraction kuat bermula jam 5.30am, umi masuk labour room pukul 6.10am dan Danish lahir pd pukul 6.32am secara normal tanpa induce, drip etc. Saiznya agak kecil, berat pun 2.04kg ajer! Tapi abg membesar dgn sihat dan sempurna hingga ke saat ini...syukur Alhamdulillah. Cuma waktu kecil agak kerap demam, mungkin sbb kurang susu ibu.




Nur Batrisyia
pula adalah buah hati kedua umi dan abah, juga dilahirkan di Hospital Putrajaya pd 04.09.2007 dgn berat 2.65kg. Alhamdulillah dlm keadaan sihat dan sempurna. Ada beberapa kali fake contraction berlaku dan umi kena warded 2-3 kali jugak la. Selepas 2 hari dilahirkan adik ada jaundis. Walaupun mcm2 usaha dilakukan, jaundis tetap ada hingga masuk usia adik sebulan. Banyak kali kena ambik darah dan testing namun tiada jawapan ditemui.


Pd usia adik 8bln, ujian darah mengesahkan adik ada ovalocytosis. Bukan sejenis penyakit ttp ia adalah pembentukan sel darah merah yg tak normal. Bg org normal, sel darah merah kita berbentuk donut. Tp bg adik, sel darah merahnya berbentuk oval. Ia agak vulnarable di mana ia mudah pecah. Menurut doktor, org2 yg mempunyai sel darah merah berbentuk oval ni mudah kehilangan darah dgn byk(bersalin, period) yg mana boleh menyebabkan anemia, cepat rasa berdebar2, cepat letih etc. Tp setakat hari ini adik seorg yg sihat dan jarang demam. Umi dpt breastfeed adik sampai adik 10bln. Walaupun bukan exclusively tp umi bangga dpt berikan susu badan kat adik. Kejayaan terbesar bg umi sbb masa abg Danish dulu umi tak berjaya breastfeed sbb susu takde. Masa tu umi takde ilmu lg ttg breastfeeding.....


Our FaMiLy









































































































1 comment: