Wednesday, March 31, 2010

Us!

tangan sapa yg paling demok tu? hehe

Us
~ 02.03.2003 - now ~

Abah
|
Umi
|
Danish
|
Batrisyia



Cycle of life...

Minggu lepas umi bercerita ttg hari mendatang kat abg danish
umi ckp "nnt abg dan adik besar, umi & abah tua...bila abg dah besar nnt abg akan jd abah, ada anak2...umi dan abah pulak jd nenek."
Lepas tu abg kata "nnt bila umi abah tua, umi abah meninggal yer?"
 umi pon jawab "Ya"
*muka abg pon berubah...sedih*
lepas tu abg tanya lg "kalu dah meninggal, nnt tak dpt jumpa lg yer umi?"
umi pon jawab "Ya"
*mata abg dah berair*
umi cakap "sbb itu kita kena buat baik dgn semua org. sayang semua org. takmo notty2,  nnt kalu org tu dah meninggal, kita tak dpt jumpa lg. nnt rindu."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
abg sambung tgk tv, umi ingat when the conversation is over, dlm kepala abg danish pon dah tukar ke benda lain
tp masa umi tidokan abg, umi dgr bunyi sedu sedan...
umi tanya kenapa...abg ckp "abg taknak meninggal. umi abah jgn la meninggal"
umi pujuk la abg danish, tepuk2 sampai dia tertido


kaki sapa paling kenit tu..hehe


Hargailah org2 sekeliling kita terutamanya yg serumah dgn kita.....

suka betul dia buat mata juling gitu


Ke arah mewujudkan keluarga bahagia
By Dr Niekmah Adam


APABILA seorang ibu melahirkan anak, bermulalah satu perhubungan antara ibu dan anak serta bapa dan anak. Tidak kurang penting juga, perhubungan suami isteri antara ibu dan bapa memasuki era yang serba baru dan tidak sama dengan perhubungan sebelumnya.


Pada peringkat bayi sehingga praremaja, perhubungan ibu dan anak adalah lebih kepada perhubungan untuk mencukupkan keperluan biologi si anak. Tidak dinafikan keperluan mendidik mengambil sebahagian besar daripada perhubungan itu.


Jika diteliti dengan lebih mendalam, yang berlaku sebenarnya ialah pembinaan asas penerimaan ilmu pengetahuan seperti membina tubuh badan sihat dan pemakanan seimbang untuk sel otak membesar dengan sempurna. Ini adalah satu bentuk untuk mencukupkan keperluan biologi si anak.

Untuk menjaga sense of security kanak-kanak, ibu bapa akan sentiasa berada di sisi. Jika ada sebarang tanda tekanan seperti tangisan, ibu bapa akan segera mengurangkannya dengan mendukung atau mendodoi si anak.

Apabila anak melepasi umur mumaiyiz dan menjangkau umur sembilan tahun, perkembangan emosinya berkembang dengan amat pesat sekali. Mereka mula mahu membuat penemuan sendiri dalam kehidupan. Mereka tidak mahu dilihat terlalu bergantung kepada ibu bapa. Mereka berasa bahawa mereka cukup dewasa untuk berdikari. Cuba kita perhatikan kanak-kanak ketika ditegur atau dileter oleh ibu atau bapa, mereka kelihatan gelisah.

Sebabnya ialah mereka tidak mahu tekanan. Ada juga remaja, terutama lelaki yang berasa bahawa apa yang dileterkan itu sudah dibuat, oleh itu tidak perlu ditegur lagi.
Perhubungan ibu bapa dengan anak remaja memang mencabar. Anak yang selama ini dididik dengan kasih sayang serta taat kepada ibu bapa, tiba-tiba berani menunjukkan tanda tidak taat.
Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh cepat membuat rumusan. Contohnya dengan berkata kesetiaan anak tercemar.
Ada ibu bapa yang murung serta hilang punca atau keliru dengan keadaan sedemikian.

Jalan mudah ialah dengan menyuruh dan memaksa anak taat sebab Islam mewajibkan anak taat kepada ibu bapa. Masalahnya remaja sukar `taat'sebab mereka berasa tidak wajar ibu bapa menegur mereka kerana beranggapan berada pada pihak yang benar.

Inilah bermulanya konflik antara ibu bapa dan anak. Mungkin ibu bapa tidak terlalu mengambil mudah sebelum mengkaji sama ada perubahan pada anaknya itu memang akibat gejala buruk yang menimpa atau hanya fenomena biasa bagi remaja.

Sebagai contoh seorang remaja lelaki, mereka akan mula berenggang dengan bapanya apabila berumur lebih kurang 15 tahun. Mereka lebih suka menyimpan sendiri masalah mereka atau berkongsi dengan kawan dan teman. Bapa adalah yang terakhir sekali dirujuk. Sekurang-kurangnya dengan ibunya bolehlah juga berbincang dan meluahkan perasaan. Apa yang hairannya si bapa pula mula kurang memikirkan hal ehwal anak lelakinya.

Bapa biasanya beranggapan anak lelakinya sudah besar dan tahu menjaga diri. Oleh itu, tidak perlu risau. Berbeza tanggapan bapa terhadap anak remaja perempuan. Bapa akan berasakan bahawa beban memelihara keselamatan anak gadisnya terletak sepenuhnya di atas bahunya.

Bagi anak lelaki yang merokok, ibu bapa tidak perlu terus menghukumnya sebaik sedar yang dia merokok, mungkin sejak sekian lama. Berbual dengan telus dan baik untuk mencungkil mengapa dia merokok.
Mungkin sebabnya ialah tekanan menghadapi pelajaran. Jadi perlu didiknya dengan teknik pengurusan tekanan. Beri dia rawatan jika perlu. Apa yang penting ialah dia mahu berhubung dengan ibu bapa dan mula menunjukkan tanda mengurangkan tabiat merokok.

Bagi remaja yang mula mengenal cinta. Apa yang penting ialah kawalan dan hala tuju hidup. Bukan hanya setakat menghukum tidak boleh bercinta, sedangkan perasaan cinta adalah tabiat semula jadi yang baru berputik pada setiap insan remaja.

Tegasnya dinamika perasaan, kejantinaan, kematangan dan pemikiran anak remaja perlu difahami sebelum satu perhubungan yang baik dapat diwujudkan. Ibu bapa Muslim perlu memiliki kesepaduan dan keperkasaan hubungan yang baik sebagai suami isteri supaya boleh dijadikan contoh oleh anak. Selepas itu, segala aspek dinamika tabii yang diperkatakan perlu dihayati, dicantikkan dengan pelaksanaan hukum hakam Islam hingga wujud sebuah keluarga bahagia




2 comments:

  1. alahai so sweet bace citer abg danish..thks 4 info..

    ReplyDelete
  2. sedih dia kak...kebetulan 2-3 minggu lepas, ramai kenalan kitorang meninggal..tu yg terkesan kat dia..nak2 jiran sebelah umah mak saya meninggal. lg dia terasa kak..

    ReplyDelete