Thursday, May 13, 2010

Atuk Nenek dtg visit

Awal bln haritu atuk nenek dr Pekan dtg visit..entry pasal kita balik kg pon tak sempat nak nak story...atuk nenek dtg dgn acik ari, acik nina dan kakak farah ptg jumaat. Nenek, seperti yg dijangka mesti masak2 dr rumah, khusus utk anak lelaki kesayangan. Abah suka sgt la nenek bawakkan food kegemaran abah - asam tempoyak ikan patin dan singgang tongkol. Ada rebung ikan masin. Umi cuma masak nasi dan goreng sayur.




Esok paginya kita bawak atuk nenek pegi jalan2 kat Bukit Cherakah@Bukit Cahaya...pusing2 dlm tu naik trem. Then kita terus pegi lunch kat Restoren Syed kat Alam Sentral



Tengahari kita balik rumah dulu rehat2..solat dan nap. Petangnya kita jalan pusing2 sekitar KL. Singgah kejap kat Dataran Merdeka ambik angin petang kemudian ke KLCC park. Asar kat Masjid As-Syakirin. Lepas tu hujan lebat..kita stranded dlm masjid lebih kurang stengah jam








KLCC Park












Malam tu konon2 nak bawak atuk nenek peg makan sate Hj Samuri kat Bukit Tinggi Klang. Sampai aje, rupanya kedai tu dah tutup. Takde rezeki. Atuk ajak balik rumah jer..umi masak nasik, goreng sayur dan goreng ayam berempah.


Esok paginya lepas breakfast, atuk nenek siap2 nak balik..nak singgah rumah mak teh(kakak abah) kat Temerloh dan rumah makcik sayang(adik abah) kat Kuantan. Abg Danish ajak nenek dtg rumah kita lg minggu depannya. :). Abg ingat dekat2 jer ker rumah nenek..








Tuesday, May 4, 2010

Don't Wait....

I tune to Mix fm every morning and stay tune if the topic being discussed interests me. This morning the topic is about patching up...

There was one caller shared a story about him and his wife. Some times ago, they had an argument and they have not spoken to each other about a week eventhough his wife made few attempts to say sorry and get over it. However, due to his man-ego, he did not respond to his wife and they continued silent-war until one fine day, when he realised and wanted to say sorry to her wife. He made some preparation, cooking for dinner, to make it a special day..to say sorry etc...but....it was too late

in the evening, he received a call...telling him that his wife has met a car accident...and she did not survive..leaving him feels guilty dan regret for the rest of his life..

his story made me realised..life is short..don't make it shorter by letting time goes by meaninglessly..appreciate each and everyone around us..cherish every minute we have with them...because we cannot turn back TIME..

Monday, May 3, 2010

Bengkel Kami Prihatin


Satu bengkel anjuran Kumpulan Utusan-Astro-Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat diadakan di Insititut Sosial Malaysia. Pada mulanya umi disuruh join bengkel ni atas dasar kerja, tp bila baca itenary sebelum pergi tu, terbuka hati umi pergi atas dasar rasa tanggunggungjawab pd diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.

Bengkel ini diadakan atas dasar keperihatinan terhadap gejala pembuangan bayi yg semakin berleluasa di negara kita. Juga sbg awareness campaign kpd masyarakat. Tidak tercapai dek akal umi ni kenapa dan mengapa ada ibu yg sanggup membuang bayi merata2 seolah tiada nilai. Ibarat sampah bila bayi2 ini dibuang di dlm longkang, ditinggalkan di semak yg akhirnya bayi2 yg tidak berdosa ini dihurung semut, digonggong anjing..Na'uzubillah..sampai hati mereka!

Banyak info yg disampaikan dan byk pengetahuan yg diperolehi. Semua speaker pd hari tu hebat2 dan tajuk pembentangan sgt berinformasi. Dan to my surprise, sungguh parah gejala sosial di negara kita ni rupanya. Anak2 muda yg mendjadi harapan semakin hilang panduan..Alhamdulillah tidak semua..tp sesuatu MESTI dilakukan utk membendung dan mencegah keruntuhan akhlak di kalangan remaja kita..lebih mengharukan apabila gejala2 melibatkan org dewasa yg sepatutnya bertanggungjawab mendidik dan membimbing tp sebaliknya menjadi perosak..

Dr Harlina Halizah(pakar O&G HUKM, Presiden Jemaah Islah M'sia)merungkai ttg persoalan kehamilan..perbezaan antara kehamilan yg dirancangan dan tidak dirancang tidak kira terhadap wanita yg tlh berkahwin atau pun belum berkahwin. topik ini dikupas dgn terperinci termasuk kesan2 terhadap bayi/kanak2 yg dilahirkan tanpa dirancang..beliau menasihatkan agar semua wanita merancang kehamilan dgn baik..



Manakala Pn Hjh Amni Pengarah Bhgn Kanak2 Jabatan Kebajikan Masyarakat berkongsi pengalaman berhadapan dgn kes2 yg melibatkan kanak2 yg seribu 1 mcm kes ada yg tak tercapai dek akal waras kita bhw ada org yg sanggup buat mcm tu...kanak2 didera, dilayan tidak spt kanak2...


Yang tudung purple tu sukarelawan/aktivis kanak2 dari Yayasan Salam Cik Zakiah berkongsi ilmu bagaimana hendak menjadi seorang sukarelawan, apa cabaran2 yg sukarelawan hadapi dan bagaimana utk mengatasi halangan2 menjadi sukarelawan. Beliau juga berkongsi cerita ttg kanak2 yg dibesarkan di sekitar Chow Kit..pembesaran di persekitaran yg tidak sihat dan bagaimana Yayasan Salam membantu kanak2 ini...

Terlalu banyak ilmu pengetahuan yg diperolehi semasa bengkel ini..




bersama colleague dan BFF

Friday, April 30, 2010

budak merajuk dan cerita hari sabtu

Sekejap aje dah masuk Jumaat...citer weekend lepas dan 2 minggu lepas tak terblog lagi...
ni kisah jumaat lepas..tak tahu mana silapnya, anak dara merajuk ..tiba2 jer dia menyelit kat tepi meja makan...umi nak tergelak pun ada tgk dia duduk celah tu


lepas tu masuk bawah meja pulak

ishhh..nape dik? bila ditanya diammm jer. umi tak paham la..tp bila bawak masuk tido ok jer

Esok paginya 2-2 happy sgt sbb bila bangun tido, umi ada kat rumah...nampak sangat keceriaan di muka dorang

utk breakfast, umi cooked simple jer..baked beans + sosej, garlic bread dan half boiled egg

budak ni suka sgt..hilang merajuk

lepas makan, umi bg dorang tgk tv. melopong si adik

wow, apa yg menarik sgt tu sampai mcm tu sekali reaksi adik? hehe

sabtu tu kita tak bercraft sebab umi ada operasi spring cleaning..termasuk jugak basuh sarung kusyen kat belakang tu..vacuum & mop rumah, tukar cadar semua bilik sbb this week nenek dan atuk Pekan nak dtg cuti2 kat rumah kita. Jd umi bg budak 2 org main apa sajelah sementara umi sibuk berkemas

Thursday, April 29, 2010

Kasih Abang....



Sebaknya hati bila tgk gambar ni...sedihnya tgk kanak2 yg tidak mengerti erti kehidupan terpaksa menempuh kesusahan hidup..di manakah ibu dan ayah mereka..hidap lg kah ibu dan ayah?

Teringat abg ngan adik kat taska....bergenang air mata di kelopak menanti jatuh..

Abg dan adik ini memerlukan perlindungan, makan dan minum, kasih sayang..tp di tepi tangga ini mereka tidur..anak2 kita selesa di atas tilam empuk..kasihannya 2 beradik ni..

Gambar ni saya dpt dr email..kalaulah saya tahu di mana ingin saya pergi selamatkan mereka..di M'siakah ini? mungkin tidak..jika YA sudah pasti ada org yg menyelamatkan mereka berdua..

Dakwah Menghukum

satu lg artikel yg membuka minda dan kotak pemikiran saya..

Dakwah Menghukum
Saya amat percaya bahawa biar apapun latar belakang kita, biar dari mana pun kita datang, biar apa pun bangsa kita, masa depan kita adalah tanggungjawab kita. Kita sering mendengar rungutan tentang latar belakang keluarga yang kurang baik yang membuatkan seseorang itu merasa tempiasnya namun sebagai orang yang matang, walaupun datang dari latar belakang yang kurang baik, seharusnya ianya akan menjadi pengalaman baik untuk mengubahkan keadaan diri agar tidak lagi duduk dalam keadaan yang sama. Memang tidak dinafikan bahawa keluarga bertanggungjawab memainkan peranan dalam kehidupan namun sebagai empunya diri, kita lebih bertanggungjawab dalam menjadikan siapa diri kita pada masa akan datang.

Saya menonton satu rancangan realiti televisyen barat di mana salah seorang pesertanya menangis memberitahu penonton yang dia menyertai pertandingan realiti tersebut demi untuk mengubah dirinya kerana tidak mahu duduk dalam keadaan keluarganya yang mengambil dadah. Begitulah tanggungjawab yang diperlukan pada setiap insan dalam menakhoda kehidupannya. Saya yakin sebenarnya ramai di kalangan masyarakt kita yang faham tentang tanggungjawab ini dan mahu berubah namun mengapa sukar sekali untuk berubah. Saya melihat faktor dakwah yang difahami oleh kita di malaysia ini. Saya melihat dakwah dari satu sudut berlainan yang mungkin boleh kita sama-sama renungkan.

Sewaktu saya kecil dahulu, saya agak keliru tentang maksud dakwah kerana seseorang yang bertudung akan dipanggil orang dakwah dan lebih mengelirukan apabila mereka juga dipanggil orang pakai dakwah. Justeru pada waktu itu saya berfikir bahawa dakwah adalah nama lain bagi tudung. Tetapi apabila meningkat dewasa saya, saya mula memahami dakwah rupanya membawa seruan perubahan dari satu titik ketidakfahaman kepada satu titik jelas, dari satu kegelapan ke satu pencerahan dan lebih membuatkan saya faham apabila ianya didefinisikan sebagai satu program lengkap, yang pada setiap peringkat mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada manusia.

Maka saya berpandangan bahawa setiap dari kita adalah pendakwah dan apabila disebut bahawa setiap dari kita adalah pendakwah kita mula memikirkan kepada siapa harus kita berdakwah. Bagi mereka yang sudah sedia bergelar pendakwah pula akan tahu bahawa sememangnya tugas mereka untuk berdakwah dan mereka sudah ada kumpulan sasar. Maka pada pandangan saya di sinilah mulanya berlaku kesilapan pandangan. Saya berpendapat yang dakwah atau program pencerahan itu perlu dimulakan untuk diri sendiri. Kita kadangkala lupa untuk melakukan dakwah pada diri kita sendiri. Kita kadangkala lupa untuk menyeru diri kita ke arah kebaikan kerana kita kadangkala lebih sibuk untuk menyeru orang lain ke arah kebaikan hingga terlepas pandang akan diri yang ditumbuhi ego yang banyak.

Hari ini kita sering menzalimi diri kita sendiri. Kitalah sebenarnya yang membentuk diri kita hari ini hasil sistem dakwah songsang yang kita lakukan. Apakah yang saya maksudkan dengan dakwah songsang. Pertamanya saya yakin bahawa konsep dakwah perlulah dimulakan dari diri sendiri. Jika kita tidak mampu berdakwah atau menyeru Islam kepada diri kita sendiri maka kita gagal jugalah nanti untuk menyerunya kepada masyarakat. Dakwah adalah kerja yang melibatkan kasih sayang. Justeru, diri kita sendiri adalah lapangan latihan terbaik untuk kita mulakan latihan dakwah.

Jika kita lihat hari ini, ramai orang menyeru ke arah kebaikan dengan hukum. Mereka lebih gemar menghukum sesuatu perkara itu dari membawanya ke arah pencerahan dengan kasih sayang. Kita mungkin lupa bahawa baginda saw itu berdakwah dengan kasih sayang. Jika ada yang mengatakan bahawa baginda saw berdakwah dengan mata pedang, saya rasa cukup jelas yang mereka ini kurang menganalisi hakikat sejarah. Dengan kasih sayanglah baginda mulakan dakwah Islamiyyah ini. Mengapa saya katakan yang kita berdakwah songsang tadi adalah kerana kita sering menceritakan keburukan dan hukuman lebih dari kebaikan dan ganjaran.

Kita sering berdakwah kepada diri kita sendiri dengan melontarkan pandangan negatif terhadap Allah swt tanpa sedar. Dari mana datangnya pengalaman sebegini, dari ibu dan bapa. Seandainya hari ini kita juga adalah ibu dan bapa maka renungkanlah perkara ini. Cuba kita lihat berapa ramai anak-anak kita yang apabila dewasa, mereka tidak hidup dengan cara yang betul atau mencari jalan untuk ketenangan diri dengan cara yang salah. Jika soalan ini dilontarkan kepada majoriti rakyat kita, jawapannya adalah pergaulan. Namun saya berpandangan bahawa ianya adalah kesalahan teknik dakwah yang dibawa oleh para ibubapa.

Pernah saya katakan bahawa, dalam dunia ini ada dua tenaga yang cukup kuat untuk mengubah seseorang itu, takut dan cinta. Cinta adalah tenaga yang perlu dibentuk secara perlahan dan jika terbentuk ketahanannya cukup lama, manakala takut adalah tenaga yang dibentuk dengan kadar segera namun ianya amat rapuh. Majoriti kita suka menggunakan tenaga takut dalam berdakwah, tak kira berdakwah kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat kerana hasilnya agak pantas. Tetapi kita lupa bahawa ianya amat rapuh, setelah hilang ketakutan timbullah kebinasaan.

Sejak dari kecil kita ditakutkan dengan hukuman. Mungkin kita pernah mendengar orang tua kita berkata “jangan menipu, nanti Allah potong lidah”… atau “jangan mencuri nanti Allah potong tangan”. Anak-anak akan mengelak dari melakukan kesalahan kerana takut nanti lidah dipotong atau takut mencuri kerana hilang pula nanti tangan. Bagi saya ini adalah satu fitnah besar. Setiap hari kita membaca dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, tidak pula kita baca dengan nama Allah yang maha menghukum. Ini kerana sifat Allah yang Maha Pengasih dan perlu kita ingat bahawa rahmatNya sentiasa mendahului murkaNya.

Namun mengapa pula kita sering menyampaikan kemurkaannya lebih dahulu dari sifatnya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Apabila anak itu dewasa dia mula melakukan apa yang dipanggil self sabotage kerana dia melihat lebih banyak keburukan dari kebaikan. Perlu kita ingat tujuh tahun pertama pembesaran adalah masa paling baik untuk memberi saranan atau pembentukan jiwa yang baik. Jika dalam masa tersebut semua momokan negatif yang dimasukkan dalam minda maka ianya akan membawa kehidupan anak itu dalam negatif yang tidak nampak.

Maksud negatif yang tidak nampak adalah, mereka merasakan mereka positif tetapi jauh di dalam diri, banyak sifat negatif yang terpatri. Jika dewasa kelak mereka menjadi pendakwah kepada masyarakat, tanpa mereka sedar mereka akan menggunakan kaedah yang sama sebagaimana kaedah takut melebih kasih sayang yang diterapkan kepada mereka sedari kecil. Mereka mungkin lebih suka bercerita tentang hukum dari kasih sayang. Jika bertemu orang yang tidak melakukan solat contohnya, mereka lebih mudah menceritakan dosa dari menceritakan kerugian kasih sayang.

Allah yang dilimpahkan dalam solat, mereka mungkin lebih mudah menceritakan amaran dari menceritakan keindahan solat. Maka tidak hairanlah hari ini masyarakat kita semakin lemah kerana teknik penyampaian ilmu sudah songsang. teknik yang seharusnya dimulakan dengan kasih sayang telah dimulakan dengan hukuman. Akibat banyak sekali terapan hukuman dari kasih sayang, hilanglah seri timbullah benci. Marilah kita sama-sama menghayati teknik dakwah junjungan besar baginda saw dalam berdakwah, dalam menyampaikan kebaikan samada dengan perbuatan mahupun lisan.

Bagi saya, setiap apa yang dilakukan baginda saw perlu kita tekuni kerana baginda saw menunjukkan applikasi pengetahuan al-quran untuk kita gunapakai dalam hidup. Mulakan hari kita dengan menyeru ke arah kabaikan kepada diri kita dengan kata-kata kasih sayang dan positif dan insya Allah rendahlah ego kita nanti. Dengan kerendahan ego, dakwah kepada masyarakat akan mudah terlaksana dan kebenaran islam jelas terpancar. Kurangkan hukum, banyakkan kasih sayang kerana teknik kasih sayanglah islam kekal hingga ke hari ini.

source: http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/04/saya-amat-percaya-bahawa-biar-apapun_10.html

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

this story quite long..but inspired me..as a mother,as a wife, as an employee..as a daughter, as a friend...as a human being. Subhanallah

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?



Sumber : http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas/