Monday, April 12, 2010

Mari bermain dgn water color

Adik dgn abg suka sgt kalu dpt bermain dgn water color....aktiviti ini dpt merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain kita beri pendedahan ttg warna, kanak2 dpt pendedahan kreativiti, penggunaan tangan, mata dan juga kebolehan utk mengemas dan membasuh selepas menjalakan aktiviti.





kita cuma perlukan kentang dan juga lebihan sayur sawi putih dan pak choy :)





water color, berus, palette dan sedikit air juga diperlukan. Utk menghasilkan bentuk pula, kita gunakan cookie's cutter :D

Entry yang tertunggak

Kejadian ni awal bln Feb 2010 tp baru sekarang berkesempatan nak story sebab semasa kejadian umi pinjam kamera ibu batrisyia. Masa tu kamera kita rosak, baru minggu lepas dpt gambar2 ni drpd ibu....

Nuha turns 3!
Unty mimie ni fren umi masa kat sekolah menengah. Lepas SPM, we lost contact tp in 2008 kami bertemu kembali di fotopages :)
Persahabatan bertaut kembali ketika masing2 dan ada anak 2 org! terasa mcm sekejap ajer masa berlalu...







umi pon dpt jumpa kawan2 fp dan fb :)


Hari yg sama, Nureen neighbor kita punyer birthday...

                    aunty sue with her doters

                      Batrisyia dgn akak nureen

                           Papa nureen dgn abah


selain pressie utk birthday girls kita bawak homemade chocolate utk aunty Mimie & aunty Sue :)

TQ to auntie Mimie & aunty Sue for ur hospitality and good food! :D

Monday, April 5, 2010

Kemahiran Keibubapaan Panduan Didik Cahayamata

Oleh Nazilah Mohamad

AIMAN, 3, mula melakukan pelbagai perkara yang menggugat kesabaran ibu bapanya sebaik kelahiran adiknya. Jika dulu, ibu menegur atau memarahinya hanya dengan perkataan, nasihat dan belaian. Kini, ada kalanya teguran secara fizikal mula diterimanya. Pada mata ibu bapa perubahan itu tidak menggambarkan berkurangnya kasih sayang. Namun, di hati Aiman yang masih kecil, tetap memberi kesan yang tidak mudah dilupakan.

Apa yang diterima Aiman hari ini dan mungkin beberapa tahun berikutnya boleh memberi kesan besar, tanpa disedari oleh ibu bapanya. Contohnya, seorang murid saya berumur lapan tahun diketuk jarinya dengan pen kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, berkata: “Cikgu, di rumah, ayah saya pukul dengan tali pinggang.” Tentulah saya tidak akan menggunakan tali pinggang untuk membolehkannya membuat kerja. Namun, sebagai guru, saya mesti mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada masa sama membantunya berdisiplin bukan melalui kekerasan.Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang.

Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:
• Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
• Tunjukkan cara yang betul.
• Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
• Menggunakan isyarat.
• Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).• Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan. Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam. Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:

• Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.” Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.

• Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.

• Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar. Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah.

Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.

• Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’. Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah.Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran. Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman. Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak. Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah. Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata.

Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan. Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya.

Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:

• Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.

• Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak. Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”

• Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.

• Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit.

• Pasti ada kalanya anak melakukan kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan. Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan. Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.


• PENULIS ialah guru dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan sebarang jawapan permasalahan boleh layari wanitajimceria.blogspot.com.

Friday, April 2, 2010

Wajah-wajah penawar...

Dah nasib tempat keja umi berkilooooooo meter jauh dr rumah. Tempat keja abah pulak 8km jer! Umi yg keluar paling awal, sampai umah paling lewat. Pukul 5 tepat, rasa nak terbang jer terus sampai kat umah...tp, apakan daya....umi suka dgn keja umi sekarang. Rasa berat hati nak carik keja lain tp keinginan tu tetap ada. Kalu boleh nak dpt tempat keja yg dekat ngan umah. Keluar pukul 5, 5.30 dah sampai umah..hehe

Normally, umi akan singgah ambik adik abg from nursery(sejengkal jer dr umah)...tgk adik abg melompat2 keriangan bila nampak umi sampai, buat hati umi bunga2...muka yg masam mengharung jammed bertukar dgn senyuman manis utk anak2 umi.

senyuman abah apa lagi..buat hati umi bunga2..nak masak pon ceria jer ;)


pastu ntah camne abg terlanggar kaki adik, terjatuh. dia bangun terus lepuk lengan adik...adik pon, apalagi...meraunggg





i see me in her...camni la rupa umi masa kecik dulu...



Thursday, April 1, 2010

Setiap Pagi yg Umi Hadap...

Kenderaan semakin hari semakin byk atas jln raya...makin hari, kena keluar makin awal nampaknya. Paling lewat boleh kuar 6.45am..5 minutes late gives big effect wo...drop adik kat nursery dulu...sib baik abg danish tu abah yg uruskan. kejutkan, mandikan, siapkan dan antar pi skool...next year nampaknya kena keluar awal nak antar abg danish pi skool terus...

Keluar rumah pukul 6.40am..pon dah dikira lambat...

dr kesas, masih clear lg

nak masuk federal, longggg Q

nampak tu..kat seberang tu...fuhhh...letih

dah turun ke federal, nak masuk ldp pulak...dr gelap, ni matahari dah naik



kat ldp pon tak kurang hebatnya

Ginilah rutin umi setiap hari...kuar kul 6.40am, kalu nasib baik sampai la opis kul 7.45am..tp biasanya sampai ngam2 kul 8am..kul 5pm sharp umi turun from office heading to our home sweet home



Macam umi masa kecik2 dulu

Nampaknya entry kali ni pun kisah adik..:)
mlm kelmarin masa tgh tunggu abg danish balik dr mengaji dr umah acik nor depan umah tu...adik dok try kasut umi. selalunya adik takde chance nak pakai kasut umi sbb umi terus letak dlm cabinet. Tp ptg tu, umi terus masuk umah, tak letak dlm shoe cabinet.

umi masa kecik2 dulu pon suka pakai kasut nenek...suka sgt berangan. hee..tak lain tak bukan, berangan jd cikgu..





dah penat berkasut tumit tinggi, sandal adik juga yg selesa :)


Wednesday, March 31, 2010

Us!

tangan sapa yg paling demok tu? hehe

Us
~ 02.03.2003 - now ~

Abah
|
Umi
|
Danish
|
Batrisyia



Cycle of life...

Minggu lepas umi bercerita ttg hari mendatang kat abg danish
umi ckp "nnt abg dan adik besar, umi & abah tua...bila abg dah besar nnt abg akan jd abah, ada anak2...umi dan abah pulak jd nenek."
Lepas tu abg kata "nnt bila umi abah tua, umi abah meninggal yer?"
 umi pon jawab "Ya"
*muka abg pon berubah...sedih*
lepas tu abg tanya lg "kalu dah meninggal, nnt tak dpt jumpa lg yer umi?"
umi pon jawab "Ya"
*mata abg dah berair*
umi cakap "sbb itu kita kena buat baik dgn semua org. sayang semua org. takmo notty2,  nnt kalu org tu dah meninggal, kita tak dpt jumpa lg. nnt rindu."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
abg sambung tgk tv, umi ingat when the conversation is over, dlm kepala abg danish pon dah tukar ke benda lain
tp masa umi tidokan abg, umi dgr bunyi sedu sedan...
umi tanya kenapa...abg ckp "abg taknak meninggal. umi abah jgn la meninggal"
umi pujuk la abg danish, tepuk2 sampai dia tertido


kaki sapa paling kenit tu..hehe


Hargailah org2 sekeliling kita terutamanya yg serumah dgn kita.....

suka betul dia buat mata juling gitu


Ke arah mewujudkan keluarga bahagia
By Dr Niekmah Adam


APABILA seorang ibu melahirkan anak, bermulalah satu perhubungan antara ibu dan anak serta bapa dan anak. Tidak kurang penting juga, perhubungan suami isteri antara ibu dan bapa memasuki era yang serba baru dan tidak sama dengan perhubungan sebelumnya.


Pada peringkat bayi sehingga praremaja, perhubungan ibu dan anak adalah lebih kepada perhubungan untuk mencukupkan keperluan biologi si anak. Tidak dinafikan keperluan mendidik mengambil sebahagian besar daripada perhubungan itu.


Jika diteliti dengan lebih mendalam, yang berlaku sebenarnya ialah pembinaan asas penerimaan ilmu pengetahuan seperti membina tubuh badan sihat dan pemakanan seimbang untuk sel otak membesar dengan sempurna. Ini adalah satu bentuk untuk mencukupkan keperluan biologi si anak.

Untuk menjaga sense of security kanak-kanak, ibu bapa akan sentiasa berada di sisi. Jika ada sebarang tanda tekanan seperti tangisan, ibu bapa akan segera mengurangkannya dengan mendukung atau mendodoi si anak.

Apabila anak melepasi umur mumaiyiz dan menjangkau umur sembilan tahun, perkembangan emosinya berkembang dengan amat pesat sekali. Mereka mula mahu membuat penemuan sendiri dalam kehidupan. Mereka tidak mahu dilihat terlalu bergantung kepada ibu bapa. Mereka berasa bahawa mereka cukup dewasa untuk berdikari. Cuba kita perhatikan kanak-kanak ketika ditegur atau dileter oleh ibu atau bapa, mereka kelihatan gelisah.

Sebabnya ialah mereka tidak mahu tekanan. Ada juga remaja, terutama lelaki yang berasa bahawa apa yang dileterkan itu sudah dibuat, oleh itu tidak perlu ditegur lagi.
Perhubungan ibu bapa dengan anak remaja memang mencabar. Anak yang selama ini dididik dengan kasih sayang serta taat kepada ibu bapa, tiba-tiba berani menunjukkan tanda tidak taat.
Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh cepat membuat rumusan. Contohnya dengan berkata kesetiaan anak tercemar.
Ada ibu bapa yang murung serta hilang punca atau keliru dengan keadaan sedemikian.

Jalan mudah ialah dengan menyuruh dan memaksa anak taat sebab Islam mewajibkan anak taat kepada ibu bapa. Masalahnya remaja sukar `taat'sebab mereka berasa tidak wajar ibu bapa menegur mereka kerana beranggapan berada pada pihak yang benar.

Inilah bermulanya konflik antara ibu bapa dan anak. Mungkin ibu bapa tidak terlalu mengambil mudah sebelum mengkaji sama ada perubahan pada anaknya itu memang akibat gejala buruk yang menimpa atau hanya fenomena biasa bagi remaja.

Sebagai contoh seorang remaja lelaki, mereka akan mula berenggang dengan bapanya apabila berumur lebih kurang 15 tahun. Mereka lebih suka menyimpan sendiri masalah mereka atau berkongsi dengan kawan dan teman. Bapa adalah yang terakhir sekali dirujuk. Sekurang-kurangnya dengan ibunya bolehlah juga berbincang dan meluahkan perasaan. Apa yang hairannya si bapa pula mula kurang memikirkan hal ehwal anak lelakinya.

Bapa biasanya beranggapan anak lelakinya sudah besar dan tahu menjaga diri. Oleh itu, tidak perlu risau. Berbeza tanggapan bapa terhadap anak remaja perempuan. Bapa akan berasakan bahawa beban memelihara keselamatan anak gadisnya terletak sepenuhnya di atas bahunya.

Bagi anak lelaki yang merokok, ibu bapa tidak perlu terus menghukumnya sebaik sedar yang dia merokok, mungkin sejak sekian lama. Berbual dengan telus dan baik untuk mencungkil mengapa dia merokok.
Mungkin sebabnya ialah tekanan menghadapi pelajaran. Jadi perlu didiknya dengan teknik pengurusan tekanan. Beri dia rawatan jika perlu. Apa yang penting ialah dia mahu berhubung dengan ibu bapa dan mula menunjukkan tanda mengurangkan tabiat merokok.

Bagi remaja yang mula mengenal cinta. Apa yang penting ialah kawalan dan hala tuju hidup. Bukan hanya setakat menghukum tidak boleh bercinta, sedangkan perasaan cinta adalah tabiat semula jadi yang baru berputik pada setiap insan remaja.

Tegasnya dinamika perasaan, kejantinaan, kematangan dan pemikiran anak remaja perlu difahami sebelum satu perhubungan yang baik dapat diwujudkan. Ibu bapa Muslim perlu memiliki kesepaduan dan keperkasaan hubungan yang baik sebagai suami isteri supaya boleh dijadikan contoh oleh anak. Selepas itu, segala aspek dinamika tabii yang diperkatakan perlu dihayati, dicantikkan dengan pelaksanaan hukum hakam Islam hingga wujud sebuah keluarga bahagia